Pengenalan


Penubuhan

Cetusan penubuhan Muslim Care bermula diatas rasa tanggungjawab sebagai umat Islam untuk membantu mangsa gempa bumi di Iran dan Turki beberapa tahun yang lalu. Pada waktu itu sumbangan derma orang ramai walaupun terkumpul dilakukan dengan cara yang tidak tersusun. Justeru itu, apabila tragedi Tsunami melanda umat Islam Acheh dan Meulaboh serta beberapa negara lain, situasi tersebut menguatkan lagi azam kami untuk menubuhkan dan menggerakkan Misi Kemanusiaan Tanpa Sempadan Muslim Care dengan seberapa segera.

Moto

Borderless Humanitarian Aid
Misi Kemanusiaan Tanpa Sempadan

Nilai Murni

  • Mendokong integriti serta senantiasa amanah dan tulus ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab.
  • Memupuk semangat professionalisma yang progresif, inovatif dan proaktif dalam menghulurkan bantuan kepada manusia sejagat.
  • Mendokomg falsafah kerja berkumpulan dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana- mana pihak samada badan kerajaan, pertubuan bukan kerajaan (NGO) ataupun organisasi korporat yang mendokong hasrat murni ini.
  • Senantiasa berusaha untuk memajukan masyarakat dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Misi

  1. Menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang amanah dan berkeupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai masyarakat prihatin kepada golongan yang memerlukan
  2. Menjalankan aktiviti bagi menambah dana pertubuhan dengan syarat mendapat persetujuan mesyuarat agung dan pihak berkuasa

Objektif

  • Menjalankan aktiviti amal dan kebajikan
  • Memberikan bantuan kewangan atau harta benda kepada mereka yang memerlukan
  • Menyediakan tempat perlindungan, serta bantuan kepada mereka yang memerlukan
  • Membimbing masyarakat yang kurang bernasib baik untuk meningkatkan taraf ekonomi
  • Membimbing masyarakat ke arah etika yang lebih baik, patuh kepada ajaran agama dan patuh kepada undang- undang Negara
  • Mengutip derma dari orang ramai bagi mencapai objektif Pertubuhan
  • Menggalakkan penglibatan generasi uda dalam melakukan kerja- kerja kemasyarakatan dan kebajikan